by Utusan Online - Aizawati AhmadFriday, January 13, 2012
Goji Berries-Untuk Masalah Penglihatan
Sejak berkurun dahulu, khasiat buah Goji Berries sudah diporpularkan di China. Khasiatnya diakui sangat berkesan dalam memperbaiki kemampuan untuk melihat. Saintis moden Cina kini mendapati buah Goji sememangnya berkesan untuk memulihkan penglihatan dalam masa yang singkat. Bagi mereka yang sering mengalami masalah 'Blind Spot' juga disarankan mengambil Goji. Bahan antioksidannya iaitu 'Carotenoids' turut melindungi masalah Degenerasi Makular dan Katarak.
Cara Diet Selebriti Antarabangsa
Mari kita kenali cara selebriti-selebriti antarabangsa berdiet. Nampaknya mereka juga wanita biasa, tidak dilahirkan dgn bentuk badan sempurna. Apa yg kita lihat hari ini adalah berkat kesungguhan mereka berdiet. Apakah faktor yg membuatkan mereka tekad dan bagaimana cara mereka berdiet?

Gilakan Pencuci Mulut
" Harus ada pencuci mulut setiap kali makan. Saya sukakan makanan manis! Tidak banyak, cukup sekadar sepotong kecil coklat. Saya kawal kuantiti makanan yg diambil dan elakkan makanan diproses. Mula-mula nak biasa, susahnya nak tolak pencuci mulut. Tapi sekarang tidak lagi, kalau teringin pun saya hanya makan sedikit saja. " - JENNIFER GARNER

Tidak Sempurna, Amalkan Paleo Diet
" Saya amalkan Paleo Diet. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, saya makan kekacang sebagai snek. Jangan ingat badan saya sempurna sangat, saya ada selulit juga! Sebab itu saya tekad untuk turunkan berat badan. Paling penting kesungguhan, diet anda pasti berjaya. Saya hentikan pengambilan makanan ringan. Sekarang ni, saya makan salad bersama ayam panggang. " - KIM KARDASHIANS

Elak Makan Tepung
" Tiada lagi makanan berminyak! Semuanya saya lakukan. Hanya kerana mahu kurus dan sihat secara semulajadi. Saya juga tidak ambil gula dalam menu diet saya. Sebagai orang India sukar untuk mengelak dari makan tepung (roti) kan? Tapi itulah yang saya buat sekarang. Kalau masak pun, saya cuba cari resipi yang tak memerlukan minyak. " - RANI MURKHEJEE
Bijak Buat Pilihan
" Sya sangat suka makan! Apa saja jenis makanan saya suka. Saya bukanlah jenis yang takut untuk mencuba makanan baru. Pernah sekali berat badan saya naik dan saya terpaksa berdiet. Ia adalah tempoh yang amat memeritkan. Setelah berjaya mendapatkan berat badan yang diingini, saya hanya mengawal pemakan. Tidak perlu tahan diri tetapi harus bijak membuat pilihan. Keinginan untuk merubah diri paling penting. " - AISHWARYA RAI
Tak Makan Nasi
" Diet saya mudah, sarapan pagi saya minum teh dan makan badam yang direndam semalaman dengan air suam. Kemudian, saya hanya makan putih telur dan cendawan. Saya tak makan nasi, kecuali pada hari lahir saya. Satu pencapaian yang besar buat orang Benggali! Kalau lapar, sek saya adalah biskut gandum. Saya hanya minum susu dan makan salad bersama ikan atau ayam panggang untuk makan malam, Untuk mengekalkan bentuk badan anda, keazaman itu paling penting. " - BIPASHA BASU

Gilakan Pencuci Mulut
" Harus ada pencuci mulut setiap kali makan. Saya sukakan makanan manis! Tidak banyak, cukup sekadar sepotong kecil coklat. Saya kawal kuantiti makanan yg diambil dan elakkan makanan diproses. Mula-mula nak biasa, susahnya nak tolak pencuci mulut. Tapi sekarang tidak lagi, kalau teringin pun saya hanya makan sedikit saja. " - JENNIFER GARNER

Makan Separuh Pinggan
" Saya tak kisah makan malam, tapi saya akan makan separuh pinggan saja Saya tolak ketepi pencuci mulut dan roti-roti yg terlalu kaya dengan gandum dari menu diet saya. Walaupun begitu, kalau dah teringin sangat saya akan makan juga kek coklat! " - JESSICA ALBA
Tidak Sempurna, Amalkan Paleo Diet" Saya amalkan Paleo Diet. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, saya makan kekacang sebagai snek. Jangan ingat badan saya sempurna sangat, saya ada selulit juga! Sebab itu saya tekad untuk turunkan berat badan. Paling penting kesungguhan, diet anda pasti berjaya. Saya hentikan pengambilan makanan ringan. Sekarang ni, saya makan salad bersama ayam panggang. " - KIM KARDASHIANS

Elak Makan Tepung
" Tiada lagi makanan berminyak! Semuanya saya lakukan. Hanya kerana mahu kurus dan sihat secara semulajadi. Saya juga tidak ambil gula dalam menu diet saya. Sebagai orang India sukar untuk mengelak dari makan tepung (roti) kan? Tapi itulah yang saya buat sekarang. Kalau masak pun, saya cuba cari resipi yang tak memerlukan minyak. " - RANI MURKHEJEE
Bijak Buat Pilihan
" Sya sangat suka makan! Apa saja jenis makanan saya suka. Saya bukanlah jenis yang takut untuk mencuba makanan baru. Pernah sekali berat badan saya naik dan saya terpaksa berdiet. Ia adalah tempoh yang amat memeritkan. Setelah berjaya mendapatkan berat badan yang diingini, saya hanya mengawal pemakan. Tidak perlu tahan diri tetapi harus bijak membuat pilihan. Keinginan untuk merubah diri paling penting. " - AISHWARYA RAI
Tak Makan Nasi
" Diet saya mudah, sarapan pagi saya minum teh dan makan badam yang direndam semalaman dengan air suam. Kemudian, saya hanya makan putih telur dan cendawan. Saya tak makan nasi, kecuali pada hari lahir saya. Satu pencapaian yang besar buat orang Benggali! Kalau lapar, sek saya adalah biskut gandum. Saya hanya minum susu dan makan salad bersama ikan atau ayam panggang untuk makan malam, Untuk mengekalkan bentuk badan anda, keazaman itu paling penting. " - BIPASHA BASU
Wednesday, January 11, 2012
Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol
TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya.
Sumber Dari : Utusan Online

Monday, January 9, 2012
Elakkan Ubat-Ubatan
Kita sering ghairah utk kelihatan langsing dgn cepat. Jika boleh, elakkan ubat-ubatan kimia kerana ia mungkin boleh melangsingkan, kurus atau menghilangkan selulit seketika sahaja. Namun, dalam masa jangka panjang, ia boleh merosakkan hati, jantung, ginjal dan otak juga.
Waktu Terbaik Minum Air Kosong
Japanese Medical Society membuktikan dlm kes2 tertentu, amalan minum air kosong mampu memulihkan penyakit termasuk penyakit yg serius. Antaranya ialah masalah sakit kepala, sakit2 badan, sistem jantung arthritis, epilepsy bronchitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Antaranya ialah:

* Minum 4 gelas air (160ml) sebaik terjaga dari tidur setiap pagi sebelum memberus gigi.
* Jgn makan atau minum untuk 45 minit.
* Selepas 15 minit bersarapan, makan tengahari dan makan malam, jng makan atau minum utk tempoh 2 jam.

Anggota Badan-Ketahui Cara Penjagaan Yang Betul
KULIT
Penampilan menarik sememangnya impian semua. Namun, perkara yg perlu diberi perhatiaan adalah berkaitan kulit. Tidak kira kulit wajah ataupun badan. penjagaan dan rawatan yg betul amat diperlukan.
* Oren mampu meningkatkan kekebalan sistem tubuh. tetapi adakah anda tahu buah oren juga mampu memberi kesan positif pada kulit kerana ia kaya dgn vitamin C. Vitamin C merupakan bahan asas dlm banyak krim penjagaan kulit yg mahal. Ia uga merupakan "antioksidan kuat" atau zat yg membantu mengurangkan kerosakan kulit yg disebabkan oleh "radikal bebas".
KUKU KAKI & TANGAN
Kedaan kuku anda memberi gambaraan sejauh mana anda menjaga kebersihan. Ada beberapa panduan utk memdapatkan kuku yg sihat.
Antaranya ialah:
* Ambil makanan sihat
* Makan makanan seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, asparagus, hati dan ikan salmon.
* Jangan gigit kuku.
* Tabiat mengigit kuku boleh menyebabkan kuku rosak dan pecah. Ia akan bertambah buruk kepada mereka yg mempunyai masalah kencing manis yg boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.
* Jgn gunakan kuku utk mencungkil objek keras. Ia boleh menyebabkan kuku tercalar atau patah.
* Makan dan amalkan vitamin seperti A, B, C, D, dan E kerana ia baik utk kuku.
MULUT
Mulut dan gigi yg bersih memberi daya penarik kepada anda. Menjaga kebersihan mulut sekaligus menjadikan gigi anda sihat. Mulut dan gigi tyg sihat turut membantu badan cergas dan sihat.

* Gosok gigi sekurang2nya tiga kali sehari.
* Amalkan berkumur selepas makan.
* Kurangkan minuman sejuk yg melampau.
* Tukar berus gigi setiap 3 hingga 4 bulan. Semakin lama ia digunakan, semakin banyak bakteria yg melekat. * Berjumpa dgn doktor gigi setiap 6 bulan.
RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita. Namun, ia juga mahkota bagi kaum lelaki. Ikuti beberapa kaedah ringkas yg boleh diamalkan bagi mendapatkan hasil yg maksimum.
* Gunakan perapi selepas bersyampu utk kelembapan rambut.
* Pilih perapi yg mengandungi (marine@hydrolyzedwheat), keratin dan sutera.
* Jangan keringkan rambut dgn menggosok2 pada tuala kerana ia akan menjadikan kutikel rambut kasar.
* Rambut kurang menyerap klorin dan air masin jika rambut dibasahkan terlebih dahulu sebelum berenang.
* Jangan ikat ranbut terlalu ketat.
* Kurangkan pemakaian mousse.
MATA
Mata serting terdedah kepada udara yg tercemar, bakteria, udara kering, angin dan aat solek. Ia secara langsung bolh menyebabkan alahan dan kecederaan.
Anda perlu:
* Membaca pada jarak 33 hingga 40cm.
* Jangan memandang skin secara berterusan. Alihkan pandangan ke objek lain 10 saat bagi 10 minit.
* Tukar posisi bekerja sekurang2nya dua jam sekali utk merehatkan mata anda.
* Jgn membaca di dalam cahaya yg samar.
* Jgn memandang tepat ke arah matahari.
* Gunakan pelindung sekiranya hari panas terik.
TELINGA
Tidak perli terlalu kerap membersihkan elinga, kerana ia boleh menimbulkan iritasi telinga di bahagian dlm yg menyebabkan gangguan pendengaran seseorang, jika kotorannya padat sebaiknya dibersihkan di bahagiaan luar sahaja, usah bersihkan bahagian dlmnya terlalu kerap. Ini kerana kotoran tersebut akan keluar dgn sendiri.
BAHAGIAN SULIT
Bahagian peribadi wanita berkaitan dgn fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaannya amat penting utk kesan jangka panjang. Di sini ada beberapa tips ringkas penjagaannya:
* Gunakan air bersih utk mencuci.
* Gunakan sabun yg sesuai.
* Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi bagi mengelakkan jangitan bakteria ketika berpeluh.
* Pastikan gunting atau alat pencukur bersih.
* Pastikan seluar dalam yg dipakai sentiasa bersih dan tidak terlalu ketat.
* Anda perlu tahu, vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi utk membersihkan biri. Dgn hanya membersihkan bahagian luar sebenarnya sudah memadai.
* Oren mampu meningkatkan kekebalan sistem tubuh. tetapi adakah anda tahu buah oren juga mampu memberi kesan positif pada kulit kerana ia kaya dgn vitamin C. Vitamin C merupakan bahan asas dlm banyak krim penjagaan kulit yg mahal. Ia uga merupakan "antioksidan kuat" atau zat yg membantu mengurangkan kerosakan kulit yg disebabkan oleh "radikal bebas".
KUKU KAKI & TANGAN
Kedaan kuku anda memberi gambaraan sejauh mana anda menjaga kebersihan. Ada beberapa panduan utk memdapatkan kuku yg sihat.
Antaranya ialah:
* Ambil makanan sihat* Makan makanan seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, asparagus, hati dan ikan salmon.
* Jangan gigit kuku.
* Tabiat mengigit kuku boleh menyebabkan kuku rosak dan pecah. Ia akan bertambah buruk kepada mereka yg mempunyai masalah kencing manis yg boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.
* Jgn gunakan kuku utk mencungkil objek keras. Ia boleh menyebabkan kuku tercalar atau patah.
* Makan dan amalkan vitamin seperti A, B, C, D, dan E kerana ia baik utk kuku.
MULUT
Mulut dan gigi yg bersih memberi daya penarik kepada anda. Menjaga kebersihan mulut sekaligus menjadikan gigi anda sihat. Mulut dan gigi tyg sihat turut membantu badan cergas dan sihat.

* Gosok gigi sekurang2nya tiga kali sehari.
* Amalkan berkumur selepas makan.
* Kurangkan minuman sejuk yg melampau.
* Tukar berus gigi setiap 3 hingga 4 bulan. Semakin lama ia digunakan, semakin banyak bakteria yg melekat. * Berjumpa dgn doktor gigi setiap 6 bulan.
RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita. Namun, ia juga mahkota bagi kaum lelaki. Ikuti beberapa kaedah ringkas yg boleh diamalkan bagi mendapatkan hasil yg maksimum.* Gunakan perapi selepas bersyampu utk kelembapan rambut.
* Pilih perapi yg mengandungi (marine@hydrolyzedwheat), keratin dan sutera.
* Jangan keringkan rambut dgn menggosok2 pada tuala kerana ia akan menjadikan kutikel rambut kasar.
* Rambut kurang menyerap klorin dan air masin jika rambut dibasahkan terlebih dahulu sebelum berenang.
* Jangan ikat ranbut terlalu ketat.
* Kurangkan pemakaian mousse.
MATA
Mata serting terdedah kepada udara yg tercemar, bakteria, udara kering, angin dan aat solek. Ia secara langsung bolh menyebabkan alahan dan kecederaan.
Anda perlu:
* Membaca pada jarak 33 hingga 40cm.* Jangan memandang skin secara berterusan. Alihkan pandangan ke objek lain 10 saat bagi 10 minit.
* Tukar posisi bekerja sekurang2nya dua jam sekali utk merehatkan mata anda.
* Jgn membaca di dalam cahaya yg samar.
* Jgn memandang tepat ke arah matahari.
* Gunakan pelindung sekiranya hari panas terik.
TELINGA
Tidak perli terlalu kerap membersihkan elinga, kerana ia boleh menimbulkan iritasi telinga di bahagian dlm yg menyebabkan gangguan pendengaran seseorang, jika kotorannya padat sebaiknya dibersihkan di bahagiaan luar sahaja, usah bersihkan bahagian dlmnya terlalu kerap. Ini kerana kotoran tersebut akan keluar dgn sendiri.
BAHAGIAN SULIT
Bahagian peribadi wanita berkaitan dgn fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaannya amat penting utk kesan jangka panjang. Di sini ada beberapa tips ringkas penjagaannya:
* Gunakan air bersih utk mencuci.
* Gunakan sabun yg sesuai.
* Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi bagi mengelakkan jangitan bakteria ketika berpeluh.
* Pastikan gunting atau alat pencukur bersih.
* Pastikan seluar dalam yg dipakai sentiasa bersih dan tidak terlalu ketat.
* Anda perlu tahu, vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi utk membersihkan biri. Dgn hanya membersihkan bahagian luar sebenarnya sudah memadai.
Thursday, December 29, 2011
Insomnia _ Gangguan Tidur
RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.
Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.
Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.
Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.
Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.
Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.
``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.
``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.
Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.
Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.
``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.
Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.
``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya
``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.
Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.
Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:
* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)
Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:
a. Tahap I - Rasa mengantuk
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.
Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.
* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)
Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.
Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.
Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.
Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.
``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.
``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.
Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.
Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.
Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.
``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.
Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.
Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain
Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.
TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
Sumber Dari: www.utusan.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)