Monday, November 19, 2012

Vitamin B for Beauty

Vitamin B – B Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik. Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B Complex Shaklee mengandungi  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan  menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

B Complex Shaklee juga mengandungi Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Gejala kekurangan Vitamin dalam kehidupan seharian kita:
  • Keletihan dan kelesuan
  • Mudah berasa kebas terutamanya bahagian kaki
  • Kerengsaan pada usus
  • Mudah gemuruh
  • Mengalami kemurungan
  • Mudah bersikap paranoid
  • Mudah tertekan

Sumber vitamin B boleh diambil daripada makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin.Akan tetapi kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga mungkin mengandungi sisa pestisid atau racun serangga.  Cara memasak juga menyebabkan kehilangan nutrien tersebut dari sumber makanan.Kehilangan vitamin b dari tubuh juga dipengaruhi oleh pencemaran air dan udara, pengambilan ubat-ubatn dan antibiotik. Vitamin B juga mudah hilang dari tubuh melalui proses pembuangan air kecil dan berpeluh.

Kelebihan Vitamin B shaklee kepada tubuh
  • B Complex mengandungi Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga)
  • Membantu dalam melambatkan proses pigmentasi
  • Membantu mengekalkan kesihatan pada tisu otak,saraf,kulit,mata,hati ,mulut dan saluran usus
  • Diperlukan untuk penghasilan kolagen dari sel tubuh
  • Boleh membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan kemurungan
  • Boleh membantu dalam mencantikkan kulit serta mencerahkan kulit
  • Membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Membantu dalam mengatasi alergi
  • Membantu menyembuhkan luka
  • Mengawal penyakit jantung
  • Menangani masalah hiperaktif
  • Membantu dalam mencegah kemandulan, masalah haid dan masalah seksual
  • Membantu dalam menurunkan berat badan-proses karbohidrat kepada tenaga dengan cepat
  • Mampu melindungi daripada keracunan plumbum
  • Membantu dalam melambatkan proses beruban dengan mengekalkan rambut yang sihat
  • Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Berminat dengan produk ini sila hubungi:

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Vitamin C dan Kecantikan

Vitamin C –Sustained Release Vita-C 500mg
 
Vita-C merupakan sumber vitamn C semulajadi yang disalurkan jam demi jam. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajdi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan.

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 


Kelebihan Vita-C :
  • Membantu mencerahkan kulit yang kusam
  • Membantu mengurangkan garis-garis halus
  • Membantu menurunkan kadar tekanan darah
  • Membantu dalam menguatkan tulang dan gigi
  • Mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah
  • Mempercepatkan peyembuhan luka luaran dan dalaman
  • Membantu dalam menghasilkan sel sperma yang sihat
  • Membantu pertumbuhan sel dan pembaikkan tisu badan
  • Menguatkan sistem imuniti badan terutamanya selsema
  • Membantu dalam mengekalkan kesegaran sel serta melindungi sel
  • Menggalakkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit cantik dan tegang
  • Bertindak sebagai anti-oksidan yang mampu menentang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit
  • Vitamin C mampu menjadi pengganti kepada  ubat selsema - sesuai untuk ibu menyusu/mengandung kerana ubat selsema tidak digalakkan untuk ibu mengandung/menyusu
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
  • Merawat saluran kencing
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
Istimewa Vitamin C Shaklee :
  • Vitamin C Shaklee  dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan dan berperingkat untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi ini adalah sangat diperlukan.Vitamin C shaklee mampu bertahan sehingga 12 jam di dalam badan.
  • Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ia akan dilepaskan pberperingkat dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
Berminat dengan produk ini sila hubungi :

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Petua Menegangkan Payudara Secara Semulajadi


Memiliki payudara yang anjal dan montok adalah idaman setiap wanita. Memang tidak cantik sekiranya payudara anda kelihatan kendur dan tidak tegang. Tentu ramai wanita di luar sana yang risau dan mencuba pelbagai produk untuk mencantikkan payudara anda.Ada juga yang cuba menegangkan payudara dengan petua-petua untuk menegangkan payudara secara semuajadi. Tentu seronok dan tersenyum sepanjang hari jika si suami memuji-muji akan kecantikkan payudara anda bukan.Adakah anda tahu punca-punca kenapa payudara anda menjadi kendur dan tidak anjal? Jom baca artikel ini untuk mengetahuinya.

Melahirkan dan menyusui anak boleh menyebabkan payudara anda mengendur ini kerana ukuran payudara akan berkembang seiring usia kehamilan anda dan daya tarikan ke bawah boleh menyebabkan kekenduran ini berlaku. Atasinya dengan menyusu bayi anda mengikut keperluan bayi anda.Tetapi semasa tempoh penyusuan payudara anda akan menjadi besar kerana dipenuhi susu.

Payudara yang terlalu besar ditambah dengan pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai juga menyumbang kepada punca mengapa payudara anda mengendur. Pilihlah pakaian dalam yang mampu menyokong payudara anda. Bagi ibu menyusu saya syorkan menggunakan pakaian dalam khas untuk ibu seperti mama bra. Sekiranya anda seorang atlet pastikan anda memakai pakaian dalam khas untuk atlet.

Tabiat tidur miring juga boleh menyebabkan payudara anda menjadi kendur. Payudara anda tidak mempunyai penyokong sekiranya anda tidur secara miring. Sekiranya anda tidur terlentang payudara anda akan disokong oleh tubuh anda sendiri.

Kekurangan zat pemakanan juga peyumbang kepada masalah ini. Jadi ambillah makanan yang sihat dan mampu membantu mengencangkan otot payudara anda. Kekurangan gizi boleh menyebabkan penyakit seperti tuberkulosis atau kanser payudara. Penghasilan sel yang tidak normal ini akan menyebabkan payudara menjadi kendur, kecil dan turun. Makanan seperti kubis, kacang, tempe, susu dan bawang bagus sebagai sumber zat pemakanan anda.

Bagaimana mendapatkan payudara yang cantik dan anjal? Anda bolehlah mencuba mana-mana produk yang dikhususkan untuk menganjalkan payudara yang banyak terdapat di pasaran sekarang ini. Produk minuman herba, jamu, krim sapu dan makanan tambahan mampu menengangkan dan menganjalkan kembali payudara anda. Tidak kisahlah apapun pilihan anda, pastikan produk yang anda pilih mendapat pengesahan dari KKM. Tapi AWAS produk menganjalkan payudara kebanyakkannya tidak boleh diamalkan oleh ibu menyusu. Tapi sesetengahnya sahaja boleh diamalkan oleh ibu menyusu.

Berminat untuk memiliki PAYUDARA yang CANTIK dan ANJAL, anda bolehlah menghubungi saya. Produk yang saya amalkan boleh diamalkan oleh IBU MENYUSU kerana ia merupakan produk VITAMIN. cubalah, insyaAllah berjaya dan anda tentu dipuji suami. Macam saya..

Berminat sila hubungi:

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
YM: fizs_nor@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare

Wednesday, November 14, 2012

Berat Badan Hilang Ketika Sedang Tidur?

   Ramai beranggapan bahawa jika kita tidur, akan menambah berat badan. Namun mengikut kaedah Diet Alami, tidur mampu menjayakan diet bagi seseorang itu. Sesetengah individu suka berjaga malam bagi menyiapkan sesuatu kerja tanpa mengira kesan kepada tidak cukup tidur. Tidak cukup tidur akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah berkaitan emosi, mengganggu kestabilan badan dan juga mengurangkan potensi anda untuk kurus. Jadi sia-sia sahaja anda mengawal makan tetapi tidak cukup tidur.

   Justeru itu, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, anda seharusnya mempunyai tidur yang berkualiti dan mencukupi. Tidur yang cukup adalah di antara tempoh lima hingga lapan jam sehari bergantung kepada rutin tidur seseorang. Berbanding mereka yang tidur kurang dari lima jam, penurunan berat badan individu yang tidur lapan jam adalah lebih besar ketika proses diet rendah kalori dilakukan. Lebih daripada 50 peratus penurunan berat badan bermula daripada penurunan lemak bagi mereka yang mempunyai tidur yang mencukupi.Manakala hanya 25 peratus penurunan berat badan bermula daripada penurunan lemak bagi mereka yang kurang tidur.

   Kebiasaanya, mereka yang tidur lewat ataupun tidak mengikut rutin tidur yang betul akan mengalami masalah kelaparan terutamanya ketika lewat malam. Faktor ini adalah disebabkan hormon ghrelin yang akan mendorong anda untuk makan makanan yang berunsur tinggi kolestrol dan manis. Hormon ini akan meningkatkan penyimpanan lemak di dalam tubuh anda yang kurang tidur. Hormon ini membuatkan lemak di dalam badan menjadi tepu dan sukar disingkirkan. Hormon ini juga menyuntik rasa lapar yang mendorng anda mengambil  makanan dalam jumlah yang banyak.

   Inilah dia antara penyebab kenapa diet and tidak berjaya dan akhirnya membuatkan anda seakan putus asa dan memberhentikan diet anda. Dan sekiranya penurunan berat berlaku ketika anda tidak cukup tidur, bukan lemak anda yang tersingkir sebaliknya penurunan berat otot yang berlaku. Apabila keadaan ini berlaku tubuh kurus anda akan kelihatan menggeleber dan tidak kelihatan tegap/kemas.

   Tidur merupakan satu perkara yang amat penting, bukan sahaja kepada program penurunan berat anda tapi juga sewaktu tidurlah sel-sel baru akan berkembang dan diperbaiki. Tidur yang cukup akan menjamin kesihatan untuk tubuh badan anda. Waktu tidur adalah berbeza-beza mengikut faktor umur, kesihatan dan aktiviti harian anda. Anda perlu peruntukan masa lima hingga lapan jam agar lemak yang ada di dalam tubuh mudah dihapuskan.

   Waktu tidur yang tidak digalakkan ialah selepas anda makan, sekurang-kurangnya tidur selepas dua jam anda makan. Tidur selepas makan akan mengundang penyakit dan peningkatan berat badan secara mendadak. Biarkan makanan anda dihadam sepenuhnya, jika tidak lemak akan mudah meresap ke tubuh anda dan menyebabkan perut anda menjadi buncit.



Saturday, November 10, 2012

MAKAN IKAN KURANGI RISIKO STROK...


Ikan salmon



Umum mengetahui bahawa makan banyak ikan, terutamanya ikan berlemak seperti ikan salmon yang mempunyai kandungan omega-3 yang banyak, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Beberapa kajian yang dijalankan oleh para penyelidik menunjukkan bahawa orang yang makan ikan 2 hingga 4 kali seminggu dapat mengurangkan penyakit cerebrovascular (strok) sebanyak 6% berbanding dengan mereka yang makan ikan hanya sekali seminggu. Bagi mereka yang makan ikan 5 kali atau lebih seminggu dapat mengurangkan risiko sakit cerebrovascular sebanyak 12%.





Namun begitu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan supplemen omega-3 dan minyak ikan tidak ada kaitan yang signifikan dengan pengurangan risiko strok.

Kesimpulannya, bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok, kita digalakkan makan ikan segar sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi mendapatkan sumber nutrien yang penting termasuklah omega-3, pelbagai jenis asid amino, vitamin dan mineral.


sumber: sitik's


Thursday, November 8, 2012

PERUT BUNCIT? Nikmati makanan ini


Orang Dewasa memerlukan 25-30 gram serat sehari manakala kanak-kanak di bawah umur 2 tahun hanya memerlukan 5 gram serat sehari. Jom amalkan pemakanan yang betul untuk mengatasi masalah perut buncit anda!!
  • Bijirin Oat - Sarapan yang tinggi serat mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding sebiji donut. Pilih bijirin oat asli tanpa perisa dan tambahkan keenakkanya dengan susu ataupun buahan segar seperti kismis dan beri
  • Badam dan Kekacang - Mampu membuatkan perut anda langsing tanpa mendatangkan rasa lapar. Pilih kacang tanpa garam dan makanlah badam 24 biji sehari tanpa perlu bimbang terlebih kalori
  • Telur - Telur mengandungi B12, iaitu zat yang diperlukan tubuh untuk membakar lemak. Bersarapanlah dengan 2 biji telur
  • Serbuk protein - !a mengandungi asid amino yang berupaya membakar lemak dan membina otot.Campurkan 2 sudu kecil serbuk protein ke dalam sajian susu kocak anda. Sesuai diminum sebagai sarapan ataupun sebelum bersenam. Seeloknya hidangan susu kocak anda adalah susu rendah lemak tanpa perisa. ELAKKAN mencampur serbuk protein anda dengan campuran SUSU COKLAT kerana ia tidak menjadikan minuman anda itu lebih sihat
  • Buahan beri - Semua jenis beri segar sangat kaya dengan kandungan serat meskipun saiznya kecil. 1 cawan rasberi mengandungi 6 gram serat
  • Daging Tanpa Lemak dan Ikan - Daging dan ikan merupakan sumber protein yang terbaik. Pilihlah potongan daging bersih tanpa lemak/ayam tanpa kulit dan ikan dalam menu makanan harian anda
  • Minyak Zaitun - Dapatkan lemak dari minyak tidak tepu yang sihat seperti yang terkandung dalm minyak zaitun. Ia juga mampu mengawal kolestrol dalam darah anda agar lebih stabil
  • Mentega Kacang - Anda boleh mengambil mentega kacang dengan kadar yang terhad. Kandungan niasin dalam mentega kacang berfungsi untuk melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan kembung perut.
  • Kekacang dan Bijian - Merupakan makanan yang mempunyai rendah kalori dan sangat tinggi serat yang diperlukan untuk membina otot. Ia boleh membantu mengurangkan berat badan anda dengan lebih efektif dan mengekalkan keanjalan otot
  • Sayuran Hijau - Makan sayuran hijau mampu memberi khasiat dan bermanafaat dalam membetuk perut yang kempis. Sayuran seperti bayam dan brokoli mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori, manakala salad dan kubis tidak langsung mengandungi serat
  • Bijirin Gandum Penuh - Pilihan karbohidrat yang terbaik untuk diet, membekalkan sumber tenaga dengan cepat dan memberi rasa kenyang yang lama. Seratnya baik untuk penghadaman dan penyingkiran toksin dari badan anda. Pilihlah roti yang tertera 'whole grain' atau '100% whole wheat'
Sumber Rujukan: Majalah Dara.com

Tuesday, November 6, 2012

Penyusuan Susu Ibu

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu” Surah Al-baqarah; Ayat 233


   Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi.Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

   Ibu menyusu hendaklah mengambil makanan yang kaya dengan pelbagai zat bagi menghasilkan susu ibu yang terbaik untuk bayi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran penting bagi membekalkan zat untuk keperluan bayi.Pengambilan makanan bersumberkan nutrien seperti kalsium, vitamin A, vitamin B kompleks dan vitamin C adalah penting bagi ibu yang menyusu.

   Suplemen tidak diperlukan bagi ibu yang mengikut saranan pemakanan laktasi tapi adakah kita yakin pemakanan kita hari ini cukup untuk membekal susu selama 2 tahun kepada bayi kita? Berdasarkan pengalaman saya mengambil suplemen, penghasilan susu amatlah ketara bezanya berbanding tidak mengambil apa-apa makanan tambahan lain. Kuantiti susu yang banyak dan pekat sesuai dengan peringkat pembesaran anak saya terhasil apabila saya mengamalkan suplemen Alfalfa Shaklee.

   Mengapa kemerosotan susu ibu boleh berlaku? Antara punca-punya berlaku pengurangan susu ibu ialah tekanan/stress,keletihan/kurang tidur, kurang minum air, kehamilan, dan pengambilan pil perancang. Sesetengah ibu berasa stress apabila terpaksa memerah / pump susu setiap hari. Faktor kekerapan pumping juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Semakin jarang proses pump semakin merosot penghasilannya. Konsep susu ibu ialah demand versus supply.Rehat yang cukup dan pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah ini.Ibu juga berfikiran positif bahawa anda mampu menyusukan anak anda sehingga genap 2 tahun.

Jadi adalah tanggungjawab kita berikhtiar untuk menghasilkan susu ibu demi kepentingan tumbesaran dan keperluan zat makanan bayi kita.


Berminat dengan produk Shaklee sila hubungi

Norhafizah MK
ID Shaklee: 910483
SMS: 019 984 7340
Email: syahmizara@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/fizzcare