Monday, November 14, 2011

Sakit Kepala @ Migrain:

SAKIT KEPALA@MIGRAIN 

Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:
  1. Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  2. Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  3. Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?
Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.
APAKAH ITU MIGRAIN???

Migrain adalah gegaran dan selalunya terjadi sakit kepala hanya pada sebelah kepala sahaja. Ia boleh terjadi kepada semua orang
tidak kira umur. Saluran darah di dalam otak akan membesar dan bersama dengan ransangan saraf berhampiran dengan saluran darah. Apabila ia terjadi bermakna perubahan pada saluran darah itu kemungkinan disebabkan kesakitan tersebut.

Migrain biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan tetapi sejauh mana peranannya tidak dapat dipastikan.Wanita sering dikaitkan dgn permasalahan ini terutama semasa kedatangan haid.

Punca lain yg menyebabkan migrain ialah kecederaan lama iaitu kecederaan yg berlaku pada saraf samaada pd bahagian tengkuk atau kepala yang boleh menyebabkan perjalanan darah terganggu dan penyebab kepada serangan.

Penghidap migrain dan sakit kepala seharusnya mengelak penggunaan seperti alkohol,makanan yang menyebabkan serangan seperti kaffein,makanan sejuk dan pastikan anda mempunyai tidur yang cukup.

Untuk memudahkan diagnosis tentang migrain dan sakit kepala dibuat,anda haruslah mengambil tahu keadaan penyakit ini seperti di bawah:

1. Migrain akan menyerang sekitar 4 hingga 72 jam.
2. Sekurang-kurangnya mesti ada 2 ciri tersebut:
*sakit hanya pada sebelah kepala sahaja.
*Satu gegaran di dalam kepala
*Sakit kepala daripada sederhana menjadi lebih teruk.
*Mual dan/atau muntah
*Amat sensitif kepada cahaya dan suara, kes yang serius, seseorang itu mungkin akan pengsan.

Kebanyakan orang yang menghidap migrain juga mempunyai masalah seperti kebas pada tangan, lengan dan kaki semasa serangan, percakapan tidak jelas dan masalah penglihatan. Sesetengah mungkin menghidap lebih 50 tahun dan yang lain mungkin mempunyai migrain notorius, tetapi semua harus mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama jika tidak mendapat pemulihan sepenuhnya.
Jangan anggap remeh gejala sakit kepala sebelah atau yang lazim disebut migrain.

 Ketika seseorang merasakan gejala ini maka orang tersebut dimungkinkan juga menderita sebagian kerusakan saraf otak. Migrain adalah sebagai pertanda awal kerusakan Otak.
Kerusakan saraf otak pada penderita migrain terjadi karena sel-sel otak menggembung dan menjadi 'haus' akan oksigen.

 Temuan ini juga boleh membantu menjelaskan mengapa penderita migrain memiliki risiko lebih tinggi untuk terserang stroke. Bahkan, ungkap peneliti, kerusakan saraf otak yang disebabkan migrain setara dengan kerusakan otak akibat gegar otak dan kondisi pascastroke.terjadinya pembengkakan pada sel-sel otak yang kekurangan oksigen..
Terjadi juga gelombang perubahan pada sel-sel otak dan berkaitan dengan migrain, stroke, dan trauma kepala. Kemudian, sel-sel syaraf menjadi rusak, terutama pada bagian dendrites dengan jaringan tipis dan panjang yang membentang dari satu sel syaraf ke sel syaraf lain.
> Saat ini tidak ada obat, serum maupun vaksin yang dapat menyembuhkan manusia dari kerusakan Otak secara Medis, termasuk juga operasi perbaikan seringkali gagal dan berakibat kematian.

Gejala Gangguan pada Urat Syaraf di Kepala :
- Kerusakan otak pada penderita migrain terjadi karena sel-sel otak menggembung dan menjadi 'haus' akan oksigen.
- Kerusakan otak yang disebabkan migrain setara dengan kerusakan otak akibat gegar otak dan kondisi pascastroke.
- Gejala migrain ini seringkali diawali oleh 'aura', yaitu serangkaian gangguan pandangan berupa kilatan cahaya atau bintik-bintik hitam.
- Penyempitan pada pembuluh darah ke kepala menjadi sumber kerusakan urat syaraf di kepala akut.

Kesimpulan lain yang menarik adalah, jenis kelamin ternyata memiliki pengaruh signifikan terhadap penyakit ini. Disebutkan, perempuan lebih mungkin untuk terserang rasa sakit kepala sebelah ini.


ANTARA RAWATANNYA:-
Banyak orang yang sering mengalami sakit kepala karena stres. Sejumlah cara nonmedis dapat membantu meringankan keparahan dan frekuensi serangan sakit kepala.Cuba saja hal-hal berikut ini:
1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.

2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala)

3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh 
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai  anda rasa migraine anda  lega sikit
7. Amalkan minum air mineral ECPI

8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang
9. Amalkan pemakanan buah epal hijau. Beserta kulit ok. kalau rajin buat jus epal.


10. Letak migraine ice atas dahi

11. Baring di atas bantal sejuk.

Lagi Petua Secara Alami:


PETUA ANAK ULU CHEKA:
Disini saya berikan antara petua untuk menghilang migraine: carikan bahan-bahan berikut
  • kacang hijau
  • lada hitam
  • garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi ATAS kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.




Sunday, November 6, 2011

Lemah Jantung


Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia akan  mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian berlakunya lemah jantung  meningkat seiring dengan peningkatan umur.
Sebab-sebab lemah jantung:
  • Penyakit jantung koronari
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid
Simptom
  • Letih
  • Sesak nafas
  • Aktiviti fizikal yang terhad
  • Bengkak Kaki
Komplikasi
  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit
RAWATAN:
Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)
  • Pengambilan air dan garam secara terhad
  • Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol
Farmakologi
  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor
Pencegahan
  • Cara Hidup Sihat:
    • Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    • Pemakanan sihat dan seimbang
    • Tidak merokok
    • Tidak minum minuman beralkohol
  • Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa
Rehabilitasi
Program rehabilitasi yang berstruktur adalah penting untuk mencapai fungsi yang optima dan hidup yang berkualiti. Program rehabilitasi adalah sangat penting tetapi mestilah diawasi oleh doktor dan jurulatih anda.

Ps: REHABILITASI atau pemulihan di dalam bidang perubatan merujuk kepada satu proses berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit dengan mengurangkan ketidakupayaan fizikal (dan mental) akibat dari sesuatu penyakit, kecederaan ataupun peristiwa yang berlaku.

Wednesday, October 26, 2011

Sakit Pinggang


Pengenalan

Bila seseorang datang ke klinik mengadu sakit pinggang biasanya dia merujuk kepada sakit atau rasa tidak selesa di kawasan bawah belakang sehingga tulang punggung.





Sakit pinggang tidak bermakna sakit buah pinggang (kidney). Buah pinggang tidak terletak di bahagian pinggang. Ia terletak lebih atas dari kawasan pinggang dan ia diselindungi dan dilindungi oleh tulang rusuk bahagian belakang.




Mungkin anda cuma sakit urat belakang sahaja. Terdapat banyak urat di bahagian belakang dan pinggang seperti gambarajah di bawah.


 

Apabila seseorang itu menggunakan urat belakang terlalu lama atau agresif atau kedudukan badan (posture) yang tidak betul, ia boleh menyebabkan otot tersebut akan kejang dan sakit. Keadaan ini membuatkan ramai orang menyangka sakit ini adalah dari sakit buah pinggang (kidney) sebaliknya ia hanya sakit dan tegang urat belakang sahaja.

Bagaimana cara untuk mengenalpasti sakit tersebut hanya dari urat belakang dan tidak dari buah pinggang.
  • Biasanya sakit urat belakang bermula setelah berlaku atau melakukan sesuatu kegiatan yang melibatkan bahagian belakang sebelumnya. Ini seperti terjatuh, bermain aktiviti sukan yang telah lama ditinggal, mengangkat berat, melakukan tunduk dan bangun berkali-kali, duduk di kerusi atau berdiri terlalu lama, memandu kenderaan terlalu lama, demam atau batuk yang berpanjangan.
  •  
  • Sakit belakang bertambah sekiranya pergerakan belakang dibuat. Sebaliknya jika tiada pergerakan sakitnya kurang atau tiada.
  •  
  • Tiada tanda-tanda sakit buah pinggang seperti bengkak kaki dan muka, masalah kencing yang terlalu banyak atau terlalu sikit, kencing berdarah, tekanan darah meninggi dengan mendadak, intensitinya sama samada bergerak atau diam diri (melainkan jangkitan kuman di buah pinggang, tetapi ia mesti berserta dengan demam panas), demam, muntah, sakit kepala dan pening. Biasanya simptom-simptom ini datang perlahan-lahan melainkan batu karang di saluran kencing atau buah pinggang.
  •  
  • Mengurut, ubat penahan sakit dan ubat tegang otot boleh melegakan atau menghilangkan sakit belakang tetapi tidak jika sakit buah pinggang.
  •  
  • Pemereksaan darah dan air kencing adalah normal.
  •  
Sakit buah pinggang yang boleh terjadi dengan tiba-tiba, tanpa demam, tanpa bengkak kaki atau muka hanya batu karang sahaja. Itu pun tak semestinya batu karang tersebut merosakkan buah pinggang. Sakit buah pinggang yang lain biasanya datang dengan perlahan-lahan bersertakan dengan simptom-simptom yang lain.