Saturday, October 22, 2011

Durian Belanda


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.



Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.



Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Friday, October 14, 2011

SENGGUGUT

Senggugut

Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan  kitar haid yang tidak menentu.Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekal dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt.Otot rahim akan mengecut (contraction)  dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini?

sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.

BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?

Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih.Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia diminum dua kali sehari.Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.

Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.Madu memang banyak khasiat dan kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid

.Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbud bersama 20 g halia,10g kayu puti, 10 g jintan manis ,10 g kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit

.Secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.

Bolehkah Senggugut dicegah?
Apa kata Doktor?
 
Bagi senggugut  primer (yg bukan disebabkan oleh ketumbuhan dll) , doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan anda:
  • Perbaiki diet anda: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  •  Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E.  Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Susu tepung penuh krim mengandungi kalsium yg banyak selain susu khas untuk wanita mengandung. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan  yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  •  
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut (dismenorea.)
  • Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk khusyuk dalam solat.  Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan bertanya khabar dan saling mengambil berat hal yang berkaitan. Membaca al Quran juga amat istimewa sebenarnya untuk pesakit senggugut
  • __________________________________________________________________________

Thursday, October 13, 2011

Sakit Lutut


Pengenalan

Bila umur seseorang meningkat seusia 45 tahun ke atas ramai di kalangan mereka akan ke klinik swasta mengadu masalah sakit lutut. Sakitnya tiada kaitan dengan kecederaan semasa. Ia terjadi dengan sendiri. Ada yang bengkak, tidak boleh berjalan, tidak boleh memanjat tangga, tidak boleh bengkok sewaktu solat atau tidak boleh bangun dari kerusi.
Sendi lutut yang normal
Apa itu Osteoarthritis (os=tio=at=trai=tis)?
Osteo maknanya tulang,
arthro maknanya sendi,
itis maknanya radang.
Ia sejenis penyakit lutut yang melibatkan radang sendi lutut dan tulang sekelilingnya. Ia adalah sakit lutut di kalangan orang-orang yang berumur terutama 50 tahun ke atas. Ia disebabkan oleh proses ‘guna pakai dan haus’ (wear and t
Apa yang terjadi pada sendi lutut?
Pelapik di bahagian sendi lutut bagai tayar kereta. Pada suatu hari tayar  akan haus kerana ia melalui pergerakan yang terlalu lama. Begitu juga dengan pelapik sendi (iaitu articular cartilage dan meniscus) ia akan mengalami haus (degeneration) disebabkan oleh kegunaan yang terlalu banyak dan lama. Apatah lagi sekiranya kegunaan lutut yang tidak normal akibat kecederaan sebelumnya atau bebanan yang terpaksa lutut tanggung kerana berat badan seseorang yang berlebihan.
Punca pelapik lutut haus (degeneration) dengan cepat.
1.      Obesity
2.      Kencing manis
3.      Kecederaan kaki yang masa lalu. Kaki yang cedera akan membuatkan fungsi kaki tidak normal seperti sebelum itu lagi. Sedikit sebanyak tekanan terhadap pelapik lutut tidak sama rata lagi. Ini seperti keadaan tayar yang cepat haus disebabkan oleh balance atau
4.       
5.       
6.      alingnment yang sudah tidak normal.
7.       
8.      Radang lutut yang lain seperti gout (ga=ut), rheumathoid arthritis (riu=ma=toid, at=trai=tis). Radang sendi akibat penyakit tersebut membuatkan tekanan terhadap pelapik tidak sama rata dan mengakibatkan kerosakan pada pelapik.
9.      Kecacatan kaki yang azali (congenital).
10.  Keturunan (genetic).
11.  Penyakit saraf.

Tanda-tanda Osteoarthritis.
  • Sakit. Terutama semasa dan selepas pergerakan.
  • Terasa sakit bila ditekan di bahagian lutut yang terlibat.
  • Kejang atau sendi jadi kaku. Terutama sewaktu pagi atau setelah beberapa ketika sendi tidak bergerak.
  • Tidak boleh bengkok.
  • Terasa atau terdegar mengersik (crepitation) bila sendi digunakan.
  • Bengkak yang keras di bahagian yang terlibat disebabkan terjadinya cebisan tulang.
Apa perlu dilakukan setelah disahkan mengalami Osteoarthritis
  • Rehatkan sendi lutut. Bila mengalami kesakitan sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.
  • Senaman. Bila sakit sudah tiada atau berkurangan, lakukanlah senaman setelah mendapat kebenaran dari doktor. Lakukanlah senaman yang lembut dan sederhana seperti berjalan-jalan, mengayuh basikal atau berenang. Senaman juga sangat penting untuk menguatkan otot di sekeliling sendi agar sendi akan lebih stabil. Jika sendi masih sakit dan bengkak elakkan senaman dahulu.
  •  
  • Kurangkan berat badan. Berkeadaan obes dan berbadan berat akan membebankan sendi pinggul dan sendi lutut. Walaupun hanya sedikit kurang dalam berat badan, ia tetap dapat mengurangkan bebanan pada sendi tersebut.
  •  
  • Memanaskan sendi. Memanaskan sendi dengan dengan menggunakan air suam dalam botol atau pad atau mandi air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari boleh membantu meredakan kesakitan.
  •  
  • Ubat-ubatan. Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan. Ia boleh didapati dari klinik atau farmasi. Sekiranya ada gejala gastritis harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.
  •  
  • Gunakan alat bantu. Alat Bantu boleh membuat lebih mudah untuk menjalani harian anda tanpa menekankan sendi yang menyakitkan anda. Tongkat mungkin mengambil berat badan dari lutut anda atau pinggul sewaktu berjalan.  Doktor atau ahli terapi okupasional ( Ocupational Therapy) mungkin mempunyai idea tentang jenis alat bantu yang sesuai untuk anda. Katalog dan kedai peralatan perubatan mungkin juga tempat untuk mencari idea.
Rawatan
  1. Ubat untuk menghilangkan sakit
  2. Fisioterapi
  3. Suntikan Steroid ke dalam sendi lutut.
  4. Pembedahan.