Monday, January 21, 2013

5 MAKANAN UTAMA PERLU DALAM DIET...

Kita mungkin mengambil sebarang makanan yang asalkan sedap dan mengenyangkan. Tapi beberapa hal di bawah perlu anda ketahui juga.....

5 makanan utama berikut merupakan makanan yang banyak mengandungi nutrien yang sangat diperlukan oleh badan, iaitu asid lemak omega-3, zink, lycopene, magnesium, 8 vitamins, folat, antioksidan, vitamin E dan boron. Kandungan nutrien ini membantu fungsi sistem pembiakan (lelaki dan wanita), menghindari kanser prostat dan mengurangkan penyakit kardiovaskular, dan lain-lain kebaikan.

5 makanan utama tersebut ialah:


* Ikan berlemak

* Oat (whole oat)

* Tomato

* Cendawan / kulat

* Siput




tk kpd: sitik's

Sumber

Migraine


 
 
 Apakah itu migraine?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.



 Tanda - tanda anda menghidap migraine
  • Rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut - biasanya dari bahagian mata ke kepala sebelah kanan.
  • Mata tidak boleh dibuka luas-luas.
  • Cahaya yang terang, bau busuk yang menyengat, bunyi yang bising pula akan menyebabkan rasa kepala semakin sakit dan bagi dihentak-hentak.
  • Terjadinya ilusi mata yang nampak bintik-bintik (lebih dikenali sebagai aura) atau rasa silau (pancaran cahaya) di depan mata.

Apa bezanya migrain dan sakit kepala biasa? jom baca kat sini

Tips mengatasi@mengurangkan migraine (kredit)
  • Rehat atau cuba berbaring di tempat yang tiada gangguan bunyi.
  • Mandi ( alirkan air secara perlahan-lahan dari bahagian kaki kemudian ke badan dan ke kepala).
  • Amalkan sujud sewaktu pagi (waktu solat subuh bagi muslim) - ini akan meningkatkan pengaliran darah ke otak.
 Jom baca rahsia sujud dalam solat
  • Baring di atas katil dengan keadaan kepala terjuntai ke bawah ( bagi meningkatkan pengaliran darah ke otak).
  • Tekapkan tuala berisi ais ke mata untuk mengurangkan stress pada dahi.
  • Urutkan di bahagian mata (antara dua kening) sehingga rasa migrain anda beransur kurang.
  • Amalkan meminum air mineral atau pun air bertapis seperti EcPI, Dr Sukida , air nano hidrogen - sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah migrain anda.
  • Elakkan dari terkena terik matahari atau berada di bawah lampu yang terlalu terang.
  • Amalkan memakan / minum jus buah epal hijau (bersama kulit).
  • Gunakan ubat bantuan melegakan sakit kepala seperti ubat tahan sakit/paracetamol atau migrain ice. Dapatkan rawatan di hospital sekiranya penyakit anda masih berlarutan.
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, minum plain water dengan banyak (minimum 3 liter tau) amalkan pemakanan seimbang dan kurangkan stress.
  • Pengambilan suplemen atau vitamin yang sesuai boleh membantu anda mengurangkan masalah migrain.

Cadangan vitamin seperti B Complex - bagi menenangkan saraf, Ostematrix (sumber kalsium) - bagi mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi kerana dalam darah terdapat blood-calcium dan ESP (sumber protein) - yang mampu mengatasi masalah migrain selain membekalkan tenaga segera.

Sunday, January 20, 2013

MAKANAN YANG CEPATKAN PROSES PENUAAN...

Bagi yang prihatin dengan penuaan, anda perlu tahu beberapa perkara di bawah......

Bagi sesetengah orang, proses penuaan merupakan suatu mimpi ngeri, terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan fizikal (luaran). Proses penuaan merupakan proses semulajadi yang tidak mungkin boleh dielakkan, tetapi ia boleh diperlahankan dengan pemilihan makanan yang betul dan seimbang (melainkan menjalani pembedahan plastik untuk kecantikan yang mana diharamkan dalam Islam).

Pada asasnya, makanan yang bahaya (yang banyak menyumbang) kepada paras gula dalam darah akan menyebabkan proses penuaan yang cepat, termasuklah kulit berkedut dan sendi-sendi yang sakit atau bermasalah. Pengurangan pengambilan makanan yang menyebabkan cepatnya proses penuaan ini dapat mengurangkan ketuaan dan sentiasa awet muda di mana seseorang itu kelihatan 5-10 tahun lebih muda daripada umur yang sebenar.

Oleh itu, pilihlah makanan yang sesuai yang dapat mengurangkan proses penuaan yang cepat iaitu proses glycation, keradangan (inflammation) dan pengoksidanan.

Di antara tanda penuaan ialah kulit berkedut, rambut semakin menipis atau botak, fungsi organ-organ yang menurun, sendi-sendi yang sakit, dsb.

Makanan yang tidak baik yang mana mempercepatkan proses penuaan, termasuklah:

1. Makanan berasaskan gandum



a. Ini berkaitan dengan proses glycation dalam badan dan bahan yang dinamakan Advanced glycation End Products (AGEs). Bahan AGEs ini mempercepatkan proses penuaan dan merosakkan organ-organ, sendi dan menjadikan kulit berkedut.

Apakah faktor yang meningkatkan AGEs?


Paras gula yang tinggi dalam darah didapati mempercepatkan lagi pertambahan bahan AGEs ini dalam badan. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan pesakit diabetes kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya.

Apa kaitannya dengan makanan yang mengandungi gandum?

* Gandum mengandungi karbohidrat khusus yang dinamakan Amylopectin-A, yang didapati mempercepatkan peningkatan paras gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat daripada bahan makanan yang lain. Ini bermakna, makanan berasaskan gandum (seperti roti, bijirin daripada gandum, muffin, dsb.) akan meninggikan paras gula dalam darah.

* Gandum juga mengandungi gluten iaitu bahan yang memberi kesan buruk atau mengganggu kesihatan.

Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang berasaskan gandum.

b. Produk roti dari gandum yang dibakar sehingga berwarna coklat tua/hangus/berkerak

Produk ini mengandungi bahan kimia karsinogen iaitu acrylamides yang dikaitkan dengan risiko kanser dan mempercepatkan proses penuaan.

Selain itu, acrylamides juga didapati tinggi dalam sumber karbohidrat lain yang juga dibakar atau digoreng terlalu garing dan hampir hangus, seperti kentang goreng yang terlalu garing.

Namun begitu, bahan acrylamides berkarsinogen ini dapat dibasmi dengan pengambilan makanan yang betul yang boleh melawannya.



2. Makanan yang boleh menyebabkan keradangan pula ialah bahan yang berasaskan jagung (termasuklah bijirin (emping) jagung, corn chips, sirap jagung, dsb.), minyak kacang soya, minyak sayuran lain yang mengandungi lemak yang diproses, dan gula berlebihan (dalam bentuk gula-gula, kek, minuman bergas yang manis, dsb.).

Apakah makanan yang boleh melawan semua ini?

Jawabnya tentulah makanan yang banyak mengandungi antioksidan, seperti:

* Herba
* Tea
* Rempah ratus

Kebaikan makanan-makanan ini ialah:

* Dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas kulit, organ, otot, sendi, dsb. dengan cara meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Ini akan dapat mengawal paras gula dalam darah.

* Mengurangkan bahaya keradangan dalam badan.

* Menseimbangkan hormon dalam badan.

* Meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.

Hasilnya, pengamal pemakanan yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.

Tq: sitik's

Sumber

Friday, January 18, 2013

Makanan Pengganti Nasi

Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, makanan ganti kepada nasi yang mengandungi karbohidrat diperlukan untuk diet sihat. Cadangan makanan pengganti nasi:

Sagu



Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah kandungan lemaknya. Sangat sesuai dijadikan makanan pengganti nasi.

Cara sajian: Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku. Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam.

Jagung

Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah. Alternif yang sesuai sebagai makanan pegganti nasi yang enak.

Cara sajian: Jagung boleh direbus begitu sahaja atau dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Tidak salah untuk menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan rasanya yang enak, pastinya anda teruja memakannya. Anda juga boleh menikmati jagung bakar sebagai alternatif.

Kentang

Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah berbanding tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.

Cara sajian: Panggang kentang bersama kulitnya agar khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan dimakan bersama sos atau gravy.

Pasta

Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni, lasagne dan fettucine.

Cara sajian: Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti brokoli atau paprika.

Oat

Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Cara sajian: Mungkin dari semua sumber karbohidrat, inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.

sumber

Pengambilan suplemen juga penting bagi menjamin kesihatan anda semasa anda tidak mengambil nasi. Ini bagi menampung kekurangan zat semasa dalam proses menurunkan berat badan anda. Multivitamin, detoks, dan pengemulsi lemak penting bagi menjadikan diet anda lebih berjaya.

Cadangan produk Shaklee untuk multivitamin ialah vitalea iron formula yang mengandung 28 jenis vitamin yang dapat menampung keperluan zat anda. Detoks pula penting untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin dan sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh kita. Cadangan produk yang biasa digunakan adalah seperti Herb-Lax, Alfalfa Kompleks dan Omega Guard. Kesemua produk detoks ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Anda pasti tidak menyesal menggunakannya selain mendapat pelbagai khasiat dari produk ini. Pengemulsi lemak seperti lecithin pula dapat mengemulsi lemak degil supaya terurai dan menghalang lemak berlebihan menempel di dalam badan. Ia juga mampu meningkatkan kadar metabolisme badan seseorang.

Pengambilan protein pula sangat penting untuk mengekalkan anda sentiasa bertenaga dan pengekalan otot badan anda. Tanpanya badan anda akan menjadi menggeleber apabila penurunan berat berlaku. Berat anda juga akan lebih cepat naik sekiranya anda makan secara tidak terkawal. Cadangan produk yang mengandungi protein ialah cinch mix shake, esp dan meal shake. Pilih mana-mana mengikut kesukaan anda.

Norhafizah MK | 019 984 7340 

KELEBIHAN SARAPAN PAGI DENGAN BUAH-BUAHAN....


sihat Fresh Fruit

Sarapan pagi
dengan buah-buahan nampak pelik dan kelihatan tak normal bagi kita di tanah Malaysia ini. Tapi ada beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenainya.....

* Di antara pukul 7-11 pagi, badan kita sedang aktif melakukan penyahtoksikan. Oleh itu, jika makan buah-buahan, yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk penghadaman, pada waktu ini dapat memastikan tenaga yang ada digunakan untuk penyaktoksikan badan dan tidak dibazirkan untuk menghadamkan makanan berlemak tinggi yang diambil semasa sarapan.

* Makan buah-buahan semasa sarapan pagi adalah cara yang baik untuk "berbuka" setelah semalaman perut berpuasa kerana buah-buahan tidak memberi tekanan yang mengejut kepada sistem penghadaman dan metabolisme badan, berbanding jika perut menerima makanan berat yang berlemak semasa sarapan.

* Buah-buahan mengandungi fiber yang boleh mencuci kolon, dengan itu memudahkan membuang air besar pada waktu pagi. Ini akan menyebabkan badan terasa segar dan ringan.

* Jika makan buah-buahan dengan cukup untuk sarapan pagi, kita tidak perlu minum kopi kerana gula semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan sudah cukup untuk memberi tenaga dan otak yang cerdas.

* Orang yang mengamalkan makan buah-buahan untuk sarapan pagi biasanya mempunyai badan yang langsing, slim, sihat dan lebih produktif sepanjang hari.

Jadi, adakah anda mahu mencuba mendapatkan khasiatnya?

sumber: sitik's

Wednesday, January 16, 2013

Tips untuk Langsing, Cantik dan Menawan

LANGSING CANTIK MENAWAN

Untuk kelihatan langsing, cantik dan menawan seorang wanita sanggup melakukan pelbagai cara. Cara yang cepat sudah tentu menjadi pilihan dan tidak kurang juga berhabis ribuan ringgit untuk mendapat rupa idaman. LANGSING! CANTIK! MENAWAN! BERGAYA! Tetapi adalah lebih bijak sekiranya anda memilih cara yang perlahan asalkan selamat dan berkesan bukan? 

Salah satu caranya ialah dengan berdiet. Walaupun bukan mudah untuk dilakukan namun kebanyakan wanita rela menahan lapar (diet yang SALAH)dan berolahraga berjam-jam (juga cara yang SALAH). Diet yang baik bukanlah dengan hanya ‘berpuasa’ tetapi juga perlu dilihat kepada tabiat pemakanan berdasarkan umur dan aktiviti. Pemakanan harus dijaga diikuti senaman yang mengikut keperluan dan keadaan diri sendiri.

Berikut beberapa panduan yang dapat membantu diet anda menjadi lebih baik dan sihat.Anda tidak perlu berlapar semata-mata untuk LANGSING, CANTIK dan MENAWAN!!
  • Mula memilih hidangan yang direbus, dipanggang, di stim atau dibakar. Kurangkan hidangan bergoreng.
  • Ingatlah, BERLAPAR bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Makanlah secukupnya dan kawal kalori secara bijak.
  • Pilihlah makanan yang dapat meningkatkan tenaga anda antaranya ialah pisang, kacang dan yogurt rendah lemak.
  • Sentiasa membawa botol berisi air putih ke mana pun anda pergi bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi. Juga, mengelakkan anda mengambil minuman bersoda atau bergula secara berlebihan.
  • Detoks membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh.
  • Pilihlah salad yang menyihatkan kerana ada kalanya ia dikombinasikan dengan mayonis atau keju yang tinggi kandungan lemaknya.
  • Carilah teman untuk berdiet bersama. Cara ini dapat membantu anda berdua saling bermotivasi.
  • Elakkan makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10 peratus. Baca label informasi nutrisi terlebih dahulu sebelum membelinya.
  • Hindari mengunyah makanan di saat-saat anda kebosanan atau tertekan.
  • Berusaha untuk membuang tabiat buruk yang boleh merosakkan program diet anda.
  • Belilah sebuah juicer dan mulalah membuat jus anda sendiri. Apa kata anda cuba jus sayuran pula kerana ia kaya vitamin dan lebih sedikit fruktosa.
  • Snek baik untuk anda bagi mencegah makan tengah hari atau makan malam secara berlebihan.
  • Tidur yang cukup itu penting! Rasa letih yang berpanjangan akan mempengaruhi anda untuk makan lebih banyak.
  • Sebelum makan, amalkan makan satu mangkuk kecil salad.
  • Sebaiknya, cuba bawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja kerana ia lebih mudah untuk anda mengawal pengambilan gula dan kalori.
  • Gigitlah makanan secara perlahan-lahan. Cara ini akan membantu program diet anda dengan lebih baik.
  • Jika anda teringin untuk makan coklat, pilihlah coklat yang rendah lemak.
  • Potong buah-buahan kegemaran anda dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
  • Sebaiknya-baiknya elakkan mengambil makanan-makanan ringan.
  • Jika anda gemar makan roti, pilihlah yang bergandum penuh.
  • Catatlah makanan yang anda ambil selama dua minggu. Percayalah, anda akan terkejut melihat hasilnya!
  • Pilihlah mentega yang rendah lemak sahaja untuk mengawal kandungan lemak.
  • Jangan masak sayur-sayuran terlalu lama agar kandungan zatnya tidak terjejas.
  • Sekali sekala anda mungkin boleh memilih hidangan yang pedas bagi meningkatkan metabolisme tubuh.
  • Pilihlah sayur-sayuran hijau dan teh hijau demi kesihatan anda.



Cadangan suplemen/vitamin untuk CANTIK LANGSING DAN MENAWAN:

Produk Detoks Shaklee- Alfalfa Complex, Herb-Lax
Produk Pelarut Lemak/Tingkat Metabolisme - Lecithin, Omega Guard
Produk Protein ( Kekal Otot & Bertenaga) - Cinch, ESP, Mealshake

Produk Kecantikan Wajah - Vivix, Collagen Powder, Vita-C, Vita-E dan B-Complex


Saturday, January 12, 2013

Minuman untuk Kurus

 Minuman Untuk Kuruskan Badan

Adakah minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama anda untuk diteguk dalam menu harian anda? Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi atau minuman bergas memang menarik minat anda untuk diteguk tidak mengira masa terutamanya petang dan malam. Itulah di antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan anda bukan? 

Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan,cuba ini: Rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Pastikan tanpa GULA. Ia bukan sahaja bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan terutamanya anda yang ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat. Minuman ini dijadikan sebagai minuman untuk kurus.

Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuih-muih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3. Amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan lemak-lemak berlebihan. Minuman untuk kurus katakan...

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon.

Khasiat Sebiji Lemon.
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
Jom sama-sama kita amalkan minuman untuk kurus ini...